PENGAMBILAN
Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat
Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan yang hendaklah menghantarkan permohonan itu kepada Suruhanjaya bersama dengan maklumat perkhidmatan yang dikehendaki dan ulasan Ketua Jabatan sama ada Ketua Jabatan itu menyokong atau tidak permohonan itu.
Tawaran pelantikan oleh Suruhanjaya
(1) Suruhanjaya hendaklah membuat tawaran pelantikan kepada calon yang berjaya melalui Ketua Jabatan dan hendaklah juga memaklumkan calon yang tidak berjaya.
(2) Suruhanjaya boleh mengarahkan Ketua Jabatan supaya membuat tawaran pelantikan kepada calon yang berjaya bagi pihak Suruhanjaya, dan Ketua Jabatan yang telah diarahkan sedemikian hendaklah menghantarkan kepada Suruhanjaya suatu salinan surat tawaran pelantikan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan itu.
(3) Tiap-tiap surat tawaran pelantikan hendaklah menyatakan apa-apa maklumat perkhidmatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Pemeriksaan kesihatan dan akuan berkanun
(1) Tiap-tiap calon yang akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah mematuhi syarat yang berikut:
(a) calon itu hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
(b) calon itu hendaklah membuat suatu akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13] bahawa dia—
(i) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
(ii) tidak pernah dibuang kerja;
(iii) bukannya penagih dadah;
(iv) tidak memiliki kewarganegaraan asing; dan
(v) bukan seorang bankrap.
(c) calon itu hendaklah menandatangani Surat Aku Janji sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama bahawa calon itu akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], Perintah-Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan calon itu dalam Kerajaan.
PELANTIKAN
Pelantikan mengikut skim
perkhidmatan
(1)
Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah mengikut syarat yang
dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang
sedang berkuat kuasa pada masa itu.
(2)
Tertakluk kepada subperaturan , jika ada
apa-apa syarat yang dinyatakan dalam mana-mana skim perkhidmatan perlu dipinda,
Ketua Jabatan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam.
Pelantikan untuk warganegara
sahaja
(1) Semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan
awam mestilah warganegara Malaysia.
(2)
Walau apa pun subperaturan , Yang di-Pertuan Agong boleh, atas alasan
kepentingan negara, membenarkan pelantikan seseorang yang bukan warganegara
secara kontrak dan peruntukan dalam Bahagian X hendaklah terpakai kepada
pegawai itu.
Pelantikan semula pegawai
tetap yang telah meletakkan jawatan
Seseorang
pegawai tetap yang telah meletakkan jawatan tidak boleh dilantik semula
ke dalam perkhidmatan awam kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya,setelah
menimbang laporan daripada Ketua Jabatan tempat pegawai itu berkhidmat sebelum
peletakan jawatannya mengenai sebab peletakan jawatannya.
Pelantikan semula pegawai yang telah dibersarakan
atas sebab kesihatan
(1) Seseorang
pegawai yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan boleh dilantik semula
ke dalam perkhidmatan awam jika pegawai itu disahkan sihat dan berkeupayaan
melaksanakan tugasnya dengan memuaskan oleh suatu panel perubatan yang
ditubuhkan atas permintaan Suruhanjaya.
(2) Bagi maksud
subperaturan , panel perubatan itu hendaklah mengandungi tidak kurang
daripada dua orang pengamal perubatan berdaftar, yang salah seorang daripada
mereka adalah pakar dalam penyakit yang pernah dihidapi oleh pegawai itu
Pelantikan semula pegawai yang telah ditamatkan
perkhidmatan atau dibuang
kerja
Seseorang pegawai
yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja tidak boleh
dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya.
Pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat
Seseorang pegawai
yang sedang berkhidmat boleh dilantik ke suatu jawatan dalam skim
perkhidmatan yang lain jika pegawai itu mematuhi syarat yang dikehendaki oleh
skim perkhidmatan yang lain itu.
KENAIKAN PANGKAT
Asas kenaikan pangkat
(1) Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit.
(2) Dalam mempertimbangkan seseorang pegawai bagi kenaikan pangkat, Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah mengambil kira :-
(a) kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu;
(b) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu;
(c) sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; dan
(d) kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat.
(3) Sebagai tambahan kepada perkara yang dinyatakan dalam subperaturan, Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkannya relevan.
(4) Walau apa pun subperaturan, jika dua atau lebih pegawai diputuskansama dari segi merit, kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitandengan jawatan kenaikan pangkat di samping kekananan pegawai itu hendaklah juga dijadikan asas bagi pemilihan dan diberi pertimbangan.
Syarat kenaikan pangkat
1. Walau apa pun peruntukan peraturan 37, seseorang pegawai hanya boleh dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat jika pegawai itu telah mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan dalam jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya. Kenaikan pangkat pegawai yang dalam peminjaman atau pertukaran sementara
2. Jika seseorang pegawai dalam peminjaman mengikut subperaturan atau pertukaran sementara mengikut peraturan 13 dan telah mematuhi semua syarat bagi kenaikan pangkat, pegawai itu hendaklah dipertimbangkan dalam apa-apa urusan kenaikan pangkat yang dibuat yang berhubungan dengan skim perkhidmatan hakikinya.
Sila hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan.
ReplyDeleteTerima Kasih.