PELAKSANAAN
Anggota Yang Layak Ditawarkan Opsyen Semula
1. Opsyen semula ini layak ditawarkan kepada:
(i) anggota tetap yang telah memilih Skim KWSP sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam perkhidmatannya sebelum tarikh itu; dan
(ii) anggota tetap yang telah memilih Skim KWSP sebelum 1 Januari 2009 di mana tarikh pengesahan dalam perkhidmatannya dikebelakangkan sebelum 1 Januari 2009 tetapi dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) kepada anggota selepas 1 Januari 2009.
6. “Anggota tetap” yang dimaksudkan adalah termasuk anggota yang sedang :-
(i) dalam peminjaman;
(ii) dalam pertukaran sementara;
(iii) bercuti (cuti tanpa gaji, cuti separa gaji dan cuti sakit khas);
(iv) bercuti belajar atau berkursus;
(v) dalam tindakan tatatertib yang belum berkeputusan muktamad anggota itu dibuang kerja; dan/atau
(vi) dalam tindakan untuk disahkan dalam perkhidmatannya
Anggota Yang Tidak Layak Ditawarkan Opsyen Semula
1. Opsyen semula ini tidak layak ditawarkan kepada:
(i) anggota yang telah memilih Skim KWSP dan telah bersara pada atau sebelum 1 Januari 2009; dan
(ii) pekerja yang telah memilih Skim KWSP dan berkhidmat di agensi Kerajaan berasaskan sistem saraan yang diasingkan daripada Skim Baru (termasuk Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia) dan pemberian faedah persaraannya adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 6B, 6C dan 6D, atau 6E, 6F dan 6G Akta 239.
Tempoh Opsyen Semula
1. Opsyen semula boleh dibuat mulai 1 Januari 2009 dan Borang Opsyen Semula hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan sebelum 1 Februari 2009. Anggota yang tidak membuat opsyen semula atau tidak menyerahkan Borang Opsyen Semula sebelum tarikh tersebut atau yang membuat opsyen dengan bantahan atau syarat tambahan disifatkan kekal di bawah Skim KWSP. Opsyen oleh anggota berkuat kuasa pada 1 Februari 2009 dan adalah muktamad.
2. Pekeliling Perkhidmatan ini yang dimaklumkan pengesahan dalam perkhidmatannya selepas 1 Januari 2009, tarikh muktamad opsyen semulanya ialah sebulan daripada tarikh dia membuat opsyen semula itu.
3. jika anggota tersebut memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain di bawah pemberian opsyen semula ini dan dikenakan tindakan tatatertib yang berkeputusan beliau dibuang kerja atau dikehendaki bersara di bawah keadaankeadaan yang dinyatakan dalam Seksyen 6A(6) Akta 227 atau Seksyen 6A(6) Akta 239 pada bilabila masa sebelum genap sebulan daripada tarikh opsyen semulanya itu, beliau masih tertakluk kepada Skim KWSP (iaitu pilihan melalui opsyen asalnya).
IMPLIKASI OPSYEN SEMULA KEPADA ANGGOTA YANG MEMILIH PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAHFAEDAH LAIN SEBAGAI SKIM FAEDAH PERSARAAN
Pemakaian Undang-Undang Pencen Dan PeraturanPeraturan Lain
1. Anggota yang memilih pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain di bawah pemberian opsyen semula ini adalah tertakluk kepada undangundang pencen serta Perintah Am, peraturan perkhidmatan, skim perkhidmatan, pekeliling perkhidmatan, surat pekeliling perkhidmatan dan arahanarahan lain berkaitannya yang berkuat kuasa sehubungan dengan pemberian pencen, ganjaran atau faedah faedah lain.
Pemberian Taraf Berpencen
1. Perakuan pemberian taraf berpencen kepada anggota yang memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain di bawah opsyen semula ini hendaklah mengikut prosedur yang sedang berkuat kuasa. Borang Opsyen Semula anggota tersebut hendaklah dilampirkan semasa perakuan pemberian taraf berpencen dikemukakan kepada PBM, atau bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan, kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan). Tarikh kuat kuasa pemberian taraf berpencen tidak boleh lebih awal daripada1 Februari 2009.
2. Bagi memenuhi syarat pemberian taraf berpencen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta 227 atau Seksyen 6 Akta 239, tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira adalah mulai tarikh pelantikan pertama anggota dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syaratsyarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undang-undang pencen.
Pengambilan Kira Tempoh Perkhidmatan
1. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi maksud pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran) ialah mulai tarikh lantikan pertama anggota dalam perkhidmatan sehingga anggota berkenaan bersara atau dibersarakan di bawah undangundang pencen tertakluk kepada syaratsyarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undang -undang pencen. Walau bagaimanapun, apaapa caruman KWSP syer Kerajaan/majikan serta faedah yang terakru bagi manamana tempoh perkhidmatan yang diambil kira hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan
Kematian Anggota Dalam Tempoh Opsyen
1. Jika seseorang anggota yang telah memilih pencen, ganjaran atau faedah faedah lain melalui opsyen semula meninggal dunia sebelum tarikh kuat kuasa opsyen tersebut, anggota itu disifatkan sebagai anggota berpencen seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6A(6C) Akta 227 atau Seksyen 6A(6C) Akta 239 berasaskan pengesahan ke dalam perkhidmatan beliau sebelum ini. Peruntukan undangundang pencen berkaitan dengan pemberian pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain adalah terpakai ke atasnya pada tarikh kematiannya itu
Sila hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan.
ReplyDeleteTerima Kasih.