menu



HALAMAN INFO GALERI TUGAS HRMD HUBUNGI KAMI

PENGURUSAN CUTI

Bagi menggantikan masa bertugas lebih masa atas kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan yang tidak berkelayakan dibayar elaun lebih masa atau bayaran khas.

SYARAT

Contoh masa bertugas lebih masa;

• Bertugas pada hari minggu dan kelepasan am
• Bertugas lebih masa dari waktu yang ditetapkan (PA 17 BAB G 1974)

Menggunakan Borang Cuti Rehat, Borang Book Off (B2) dan mengemukakan salinan arahan kerja lebih masa yang disahkan bagi kerja-kerja yang dijalankan.

TEMPOH

Kadar kelayakan cuti gantian adalah 9 jam masa yang dipanggil bertugas bersamaan dengan 1 hari. (PA 40 BAB C 1974)

Hendaklah diambil pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tugas. Jika tidak diambil dalam tempoh berkenaan akan dianggap luput. (JPA 43/26 Klt. 2 (109) bertarikh 8/6/1995 surat kepada JPM)

MEMASUKI PEPERIKSAAN

Boleh diberi kepada pegawai yang memasuki peperiksaan yang dianggap oleh Ketua Bahagian/Jabatan sebagai boleh membaiki peluang hidup atau peningkatan kerjaya.(PA 44 BAB C)

TEMPOH

Dihadkan kepada tarikh / hari peperiksaan sahaja

MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM OLAHRAGA / SUKAN

Boleh diberi kepada staf yang telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang perlawanan atau sukan

SYARAT

  • Perlawanan di peringkat negeri atau antarabangsa

  • Anjuran dari kerajaan layak. Tidak layak jika anjuran dari swasta.

  • Diberi atas budibicara Ketua Bahagian/Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

  • Boleh diberi juga kepada pegawai yang menjadi ahli mana-mana Majlis atau Jawatankuasa Pertandingan Negeri atau antarabangsa untuk menghadiri mesyuarat majlis/jawatankuasa yang diadakan sebelum atau selepas sesuatu pertandingan [PA 46(b) Bab C 1974]

TEMPOH

Terhad kepada masa yang betul-betul diperlukan tetapi tidak melebihi 30 hari setahun

CUTI ISTERI BERSALIN

Diberi kepada pegawai lelaki kerana isteri bersalin.

SYARAT

  • Kemudahan ini dibenarkan sebanyak 5 kali sahaja dalam tempoh perkhidmatan . (Perenggan 58.2 PP 9/1991)

  • Salinan perakuan bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian/Jabatan
TEMPOH

Selama 7 Hari sahaja (PP 9/2002)

CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

Diberi kepada pegawai untuk menziarahi dan membantu urusan berkaitan kematian ahli keluarga terdekat.

SYARAT

  • AHLI KELUARGA TERDEKAT : Suami/isteri, anak, ibu, dan bapa kandung sahaja.

  • Salinan pengesahan kematian hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian/Jabatan.

TEMPOH

Selama 3 hari sahaja. ( PP 10/2002)

SELEPAS TAMAT CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)

Pegawai boleh memohon kepada Ketua Bahagian/Jabatan cuti tanpa rekod tidak melebihi 7 hari selepas tamat pengajian

SYARAT

Tempoh Pengajian pegawai adalah lebih 12 bulan (PA 38 BAB C 1974)

Terdapat cuti rehat yang disimpan dalam tahun semasa sebelum Cuti Belajar ( maks : 7 hari ).

Dipohon semasa tarikh melapor diri bertugas dan kemudian bercuti tanpa ada ruang diantaranya. Jika tidak  cuti selebihnya akan luput.

TEMPOH

Selama 7 hari  atau kurang mengikut budi bicara Ketua Bahagian/Jabatan.

MENGHADIRI MESYUARAT KHAS PERSATUAN IKHTISAS

Boleh diluluskan kepada pegawai yang menghadiri mesyuarat agung atau mesyuarat agung luar biasa dalam persatuan ikhtisas di mana pegawai menjadi ahli.

SYARAT

SENARAI PERTUBUHAN IKHTISAS (PA 45 BAB C 1974);

  • The Malayan Association Of Certified Public Accountants
  • Federation Of Malaya Society Of Architects
  • Joint Group Of Institute Of Civil Engineers, the Institute Of Mechanical Engineers And Institution Of Electrical Engineers
  • Persatuan Biokimia Malaysia (The Malaysian Bio-Chemical Society)
  • The Malayan Dental Association
  • The Institution Of Engineers Federation Of Malaya
  • Persatuan Jurutera Galian Malaysia
  • Persatuan Juru Xray Malaysia
  • Persatuan Kesihatan Malaysia (Malaysian Society Of Health)
  • Institut Kimia Malaysia
  • Malayan Medical Association
  • The Alumni Association Of The King Edward VII College Of Medicine
  • The Association Of Medical Social Workers Malaysia
  • Malayan Section Of The Institute Of Mining And Metallurgy
  • The Malayan Trained Nurses Association
  • The Obstetrical And Gynecological Society Of Malaya
  • Persatuan Pakar Bius Malaysia
  • Persatuan Pakar Otopedik Malaysia
  • Malaysia Society Of Pathologists
  • Pertubuhan Perancang Malaysia

TEMPOH

 Dihadkan kepada tarikh / hari peperiksaan sahaja

CUTI MENGHADIRI LATIHAN ATAU KHEMAH KERJA TAHUNAN PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG DIBENARKAN

  
  • Kadet Laut
  • Kadet Persekutuan
  • Pasukan Latihan Udara Persekutuan
  • Pengakap
  • Pandu Puteri
  • Briged Budak Lelaki
  • Briged Budak Perempuan
  • Ambulan St. John
  • PBSM
  • Persatuan Perancang Keluarga
  • PEMADAM
  • Persatuan Penyelamat Kelemasan Di Raja Cawangan Malaysia
  • Pertubuhan Orang-orang Buta
  • Institut Dakwah dan Latihan Islam JPM
  • Jabatan Perpaduan Negara, JPM
  • Persatuan Pengguna
  • Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Malaysia
  • PUSPANITA
  • Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
  • Kadet Polis
  • Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)
  • PERKIM
  • Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)
  • Majlis Keselamatan Negara, JPM
  • Biro Tata Negara, JPM 
SYARAT

Sebarang cuti yang melebihi kelayakan hendaklah ditolak dari Cuti Rehat. Jika Cuti Rehat telah kehabisan, boleh diberi Cuti Tanpa Gaji.

TEMPOH

Tidak lebih daripada 14 hari dan tambahan 2 hari untuk perjalanan (pergi dan balik)

MENGIKUTI KURSUS INTENSIF DI BAWAH PROGRAM PJJ

Boleh dipertimbangkan kepada pegawai untuk menghadiri kursus intensif sepenuh masa yang disyaratkan di bawah program pendidikan jarak jauh (PJJ)

SYARAT

Telah mendapat kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu untuk mengikuti program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama/Lanjutan di mana-mana IPT dan belum mempunyai kelayakan di peringkat pengajian yang berkenaan.

TEMPOH

Tempoh sebenar kursus intensif tetapi tidak melebihi 30 hari (maksima) dalam setahun.



Jika lebih 30 hari, gunakan cuti rehat yang berkelayakan. Jika kehabisan cuti rehat, gunakan cuti tanpa gaji.

1 comment:

  1. Sila hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete