1. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara. Tujuannya adalah untuk:
a) memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan luar biasa dalam aktiviti tugas rasmi dan di luar tugas rasmi.
b) memberi pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi pegawai.
c) memberi galakan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya; dan
d) meningkatkan motivasi untuk membudayakan kecemerlangan dipelbagai bidang tugas rasmi mahupun di luar tugas rasmi.
2. Pingat ini adalah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui Statut Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan adalah diiktiraf sebagaimana pingat-pingat lain yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat ini boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi.
3. Penganugerahan P.P.C. ini dilaksanakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri di kementerian yang berkenaan.
DASAR
1. Dasar penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC adalah seperti berikut:
a) Bilangan keseluruhan penerima P.P.C. dan APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian dan had
maksimum penerima P.P.C. tidak boleh melebihi 3/8 daripada jumlah keseluruhan penerima P.P.C. dan APC. Sekiranya pada tahun berkenaan tiada pegawai perkhidmatan awam yang layak menerima P.P.C., maka kementerian tidak perlu melaksanakan penganugerahan
PELAKSANAAN
1. Pingat Perkhidmatan Cemerlang
a) Kelayakan
i) Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi penganugerahan P.P.C.
adalah seperti berikut:
1) pegawai tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
2) bagi pencalonan kali pertama, telah genap 5 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai;
3) pegawai perkhidmatan awam Gred 1 sehingga 54 atau setaraf;
4) pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir;
5) lulus tapisan keselamatan (jenayah dan keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
6) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
7) lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi Malaysia;
8) tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan
9) diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
b) Asas Penilaian
i) Penilaian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada lima (5) kategori kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti berikut:
1) keahlian pertubuhan kemasyarakatan/ NGO/ kelab/ persatuan/ pasukan sukarela;
2) sumbangan inovatif/ kreatif/ bakat/ kemahiran;
3) sukan dan permainan;
4) penglibatan dalam aktiviti/ program; dan
5) komitmen kepada tugasan di luar waktu pejabat.
c) Asas Pertimbangan
Bagi menentukan penerima P.P.C., pegawai yang layak dipertimbang akan dinilai berdasarkan syarat-syarat berikut:
i) memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas; dan
ii) memperoleh markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas.
d) Insentif
i) Pegawai yang dianugerahkan P.P.C. akan menerima insentif seperti berikut:
1) Satu Pingat Perkhidmatan Cemerlang;
2) Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan
3) Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00.
ii) Pegawai juga akan diberi peluang dan keutamaan dalam:
1) pembangunan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan
2) pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri.
e) Perolehan Pingat
i) Reka bentuk pingat adalah seperti yang termaktub dalam Statut P.P.C. dan perolehan dibuat dengan pembekal yang telah dilantik oleh Kerajaan berdasarkan tatacara kewangan yang berkuat kuasa; dan
ii) Urusan perolehan pingat dilaksanakan oleh kementerian menggunakan peruntukan masing-masing.
f) Kawalan dan Rekod
i) P.P.C. ini adalah dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
ii) Senarai pegawai yang dicalonkan untuk penganugerahan P.P.C. hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada JPA untuk semakan sebelum penganugerahan dilaksanakan; dan
iii) Senarai penerima P.P.C. untuk tahun tersebut akan disah dan diwartakan oleh JPA.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
a) Kelayakan
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari
terakhir tahun penilaian.
b) Asas Pertimbangan
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah seperti berikut:
i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan
ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian.
c) Insentif
i) Insentif bagi pemberian APC adalah seperti berikut:
1) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan
2) Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00.
ii) Pegawai juga akan diberi peluang dalam pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri.
Peranan Ketua Jabatan
a) Mengemukakan senarai penerima P.P.C. bagi tahun semasa kepada JPA
untuk pengesahan dan pewartaan.
b) Melaksanakan penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC serta
penyediaan insentif kepada penerima di kementerian/ jabatan.
c) Menyelenggara rekod penerima P.P.C. dan APC di kementerian/ jabatan
masing-masing.
d) Mempamerkan nama dan gambar penerima P.P.C. dan APC di lokasi
yang strategik atau yang sering dikunjungi orang ramai di pejabat.
Borang Penilaian
a) Setiap pegawai perkhidmatan awam perlu melengkapkan maklumat kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi menerusi modul dalam aplikasi HRMIS yang diwujudkan bagi maksud P.P.C. atau mengisi
borang secara manual untuk dinilai pada setiap tahun penilaian. Maklumat tersebut perlu dilengkapkan bagi tujuan pemilihan penerima P.P.C. dan APC.
KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN P.P.C. DITARIK BALIK
Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah dianugerahkan kepada pegawai boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut P.P.C. dan perenggan 7 Peraturan-Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan berikut:
a. pegawai telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
b. pegawai hilang taraf kewarganegaraan; atau
c. pegawai disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
Sila hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan.
ReplyDeleteTerima Kasih.