ANDA PERLU AMBIL PERINGATAN BAHAWA LAPORAN NILAIAN PRESTASI (LNPT) ADALAH PENTING UNTUK
- Mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai.
- Mengenalpasti potensi pegawai.
- Kemajuan kerjaya seperti kenaikan pangkat, latihan, penempatan dan pembangunan pegawai.
- Anugerah perkhidmatan cemerlang/bintang kebesaran/surat penghargaan.
- Penentuan pergerakan gaji.
APAKAH PERKARA YANG DINILAI DALAM LNPT?
- Penghasilan Kerja
- Pengetahuan dan Kemahiran
- Kualiti Peribadi
- Jalinan Hubungan dan Kerjasama
- Kegiatan dan Sumbangan
JIKA ANDA SEORANG PEGAWAI PENILAI, ANDA HENDAKLAH
I. Sebelum Membuat Penilaian, PASTIKAN
- Borang yang betul mengikut kategori pegawai, digunakan.
- Pegawai Yang Dinilai (PYD) mempunyai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah dipersetujui bersama.
- Anda telah menyelia PYD sekurangkurangnya enam bulan.
- Anda mengenali dan mengetahui tugas PYD.
- Anda telah memberi bimbingan secukupnya kepada PYD.
- Penilaian disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
II. Semasa Membuat Penilaian PASTIKAN ANDA
- Berfikiran tenang, terbuka dan objektif.
- Menilai berasaskan kriteria yang ditetapkan dalam borang LNPT sahaja.
- Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk membuat penilaian.
- Tidak membuat penilaian dalam keadaan tergesa-gesa.
- Tidak mengamalkan pilih kasih.
- Tiada unsur prasangka dan prejudis.
No comments:
Post a Comment