menu



HALAMAN INFO GALERI TUGAS HRMD HUBUNGI KAMI

Struktur Organisasi





DASAR UMUM PELAKSANAAN MODUL DATA PERJAWATAN 

1. Modul ini dibangunkan berasaskan dasar skim perkhidmatan dan perjawatan yang berkuat kuasa. Oleh itu, semua maklumat perjawatan dan organisasi adalah seperti yan diperuntukkan 
di bawah peraturan-peraturan sedia ada. 

2. Aliran proses yang terdapat dalam modul ini adalah menjadi prosedur standard untuk diterima pakai oleh semua agensi sektor awam. Pelaksanaan modul ini melibatkan peralihan dari amalan semasa kepada sistem pengurusan data perjawatan secara elektronik melalui HRMIS. Maklumat yang dijana melalui pelaksanaan Modul Data Perjawatan digunakan sebagai maklumat rasmi dalam semua proses pengurusan sumber manusia termasuk struktur organisasi, jawatan dan sandangan penjawat awam dalam perkhidmatan awam. 

3. Dalam melaksanakan pembinaan unit organisasi dan aktiviti organisasi melalui modul ini, Jawatan Sebenar yang diluluskan Waran Perjawatan kepada agensi-agensi Persekutuan dan melalui Surat Kelulusan Perjawatan kepada agensi-agensi Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu dikemas kini oleh agensi masing-masing. 

4. Bagi memastikan maklumat perkhidmatan awam diperoleh dengan lebih menyeluruh melalui aplikasi HRMIS, semua pengisian melalui lantikan kontrak menggunakan jawatan tetap di bawah OS11000 dan lantikan kontrak di bawah peruntukan OS 29000 juga perlu direkodkan. 

5. Konsep Jawatan Standard telah diperkenalkan di dalam aplikasi HRMIS bagi mengkategorikan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam mengikut bidang pengkhususan dan kemahiran. Ini adalah bagi memudahkan urusan kajian perjawatan, perancangan latihan dan perancangan kerjaya penjawat awam. Ketua-Ketua Perkhidmatan bagi sesuatu skim perkhidmatan adalah bertanggungjawab mengenal pasti senarai Jawatan Standard serta tugas utama, senarai kompetensi, senarai bidang hasil utama dan senarai petunjuk prestasi utama Jawatan Standard berkenaan.

6. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan kesahihan dan ketepatan maklumat data perjawatan sentiasa terjamin dan hanya pegawai yang telah dilantik dan diberi hak capaian untuk menguruskan rekod perjawatan sahaja yang dapat melihat dan mentadbir data-data tersebut. 



No comments:

Post a Comment